VIBES International Agency latih pengendali TikTok berhemah

外网TK资讯6个月前发布 Ming
300 0 0
VIBES International Agency latih pengendali TikTok berhemah

Eizlan (empat dari kiri) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara pempengaruh TikTok dan beberapa syarikat pada Malam Anugerah Apresiasi Hos Rasmi TikTok Live 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Ahad lalu. – NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah meningkatkan mutu pencipta kandungan dan memberi pendedahan meluas dalam penggunaan aplikasi TikTok, VIBES International Agency menganjurkan Malam Anugerah Apresiasi Hos Rasmi TikTok Live 2024 di Putrajaya, baru-baru ini.

Penganjuran malam anugerah itu sebagai inisiatif untuk menghargai hos TikTok yang bernaung di bawah agensi berkenaan, selain memupuk semangat dalam kalangan pencipta kandungan.

Seramai 64 pencipta kandungan TikTok diumum penerima anugerah daripada 10 kategori dipertandingkan bagi tujuan menyuntik semangat dalam bidang penghasilan kandungan TikTok yang dilihat mampu menjana pendapatan.

Pengasas VIBES International Agency, Datuk Seri Eizlan Yusof, berkata pihaknya komited memberi pendedahan kepada masyarakat dalam mendepani dunia era digital.

“Walaupun VIBES International Agency baru berusia setahun, kami berjaya berkongsi kepakaran dan pengalaman membangunkan kandungan bersama beberapa pencipta kandungan TikTok tempatan dan antarabangsa.

“Antara selebriti tempatan yang berjaya adalah AR Badul, Helmi The Gimmick dan ramai lagi. Selain itu, ada jenama popular tempatan dan antarabangsa,” katanya pada sidang media Malam Anugerah Apresiasi Hos Rasmi TikTok Live 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Eizlan berkata, pihaknya mendidik hos TikTok yang bernaung di bawah mereka untuk mengendalikan aplikasi media sosial itu dengan betul.

“Dari awal lagi, kami nampak media sosial memainkan peranan penting ketika ini. Jadi, apabila kami diberi peluang bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam penganjuran acara ini, kami berusaha mendidik orang ramai.

“Kami memberi pandangan positif bagaimana cara menggunakan media sosial sebaik mungkin.

“Dengan kerjasama agensi kerajaan, kami boleh dapatkan akses dengan mudah untuk membantu yang lain, termasuk memberi input mengenai perkara sepatutnya kepada orang ramai ketika mengendalikan aplikasi TikTok.

“Sekarang, kami ada kira-kira 300 hos TikTok dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang bernaung di bawah VIBES International Agency,” katanya.

VIBES International Agency latih pengendali TikTok berhemah

Eizlan mengajak lebih ramai pengendali TikTok bernaung di bawah VIBES International Agency bagi mendapatkan pendedahan lebih meluas. – NSTP/Aizuddin Saad

Perasmian Malam Anugerah Apresiasi Hos Rasmi TikTok Live 2024 disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zed Zaidi.

Yang turut hadir, Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, Datuk Kolonel Kehormat (PA) Fyzal Fauzy dan Pengerusi Eco Marine Holding, Datuk Seri Alex Teh Chee Teong.

Eizlan mengajak lebih ramai pengendali TikTok bernaung di bawah VIBES International Agency bagi mendapatkan pendedahan lebih meluas.

“Pengendali TikTok boleh berkongsi pengalaman dan cara menggunakan media sosial dengan cara betul. Kalau kita lihat, ramai sentuh isu sensitif dalam TikTok.

“Jadi tugas sebagai agensi, kami akan rekrut pengguna TikTok untuk memberi pendedahan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Tugas kami mengajar mereka menggunakan media sosial dengan baik,” katanya.

VIBES International Agency diasaskan Eizlan tahun lalu, iaitu sebagai agensi yang dipertanggungjawab mengurus dan mendidik pengguna media sosial terutama TikTok.

文章来源:Berita Harian每日新闻

TKFFF公众号

扫码关注领【TK运营地图】

VIBES International Agency latih pengendali TikTok berhemah

TKFFF合作,请扫码联系!

VIBES International Agency latih pengendali TikTok berhemah
© 版权声明

相关文章

暂无评论

您必须登录才能参与评论!
立即登录
暂无评论...