China kesal AS lulus RUU haramkan TikTok
Beberapa Wakil Rakyat menyertai penunjuk perasaan yang membantah pengharaman TikTok, di hadapan bangunan Capitol Hill di Washington, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS BEIJING: China mendakwa Amerika Syarikat (AS) menindas TikTok susulan tindakan Dewan Perwakilan negara itu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang boleh mengharamkan aplikasi itu. RUU itu akan memberi pemilik TikTok, ByteDance, kira-kira enam bulan untuk menjual aset syarikat itu kepada pelabur di AS, sekali gus memutuskan kaitan dengan kerajaan China, atau berdepan pengharaman. Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, pada hakikatnya AS 'tidak pernah menemui bukti bahawa TikTok mengancam keselamatan negara'. "Tingkah laku membuli seperti ini tidak boleh menang dalam persaingan yang adil dan mengganggu aktiviti perniagaan biasa syarikat. "Ia juga merosakkan keyakinan pelabur antarabangsa dalam persekitaran pelaburan, dan merosakkan aturan ekonomi serta perdagangan antarabangsa yang normal. "Akhirnya, ini pasti akan kembali 'menggigit AS' sendiri," katanya. RUU yang diluluskan dengan undi 352-65 iaitu 15 undi dari parti Republikan selain 50 undi dari parti Demokrat yang menentang itu turut mendapat perhatian media China dengan beberapa akhbar menyiarkan kartun mempersenda usaha AS mengharamkan TikTok. Akhbar Global Times menuduh tindakan AS itu sebagai 'tidak matang' dan menyalahgunakan alasan keselamatan negara untuk merampas aplikasi itu dengan menggunakan kekerasan. Seperti platform media sosial lain, TikTok diharamkan di China, di mana pengguna di negara itu menggunakan aplikasi sama, Douyin, yang hanya tersedia di China dan tertakluk pada pemantauan serta penapisan kerajaan. TikTok dimiliki oleh firma berdaftar Kepulauan Cayman yang berpangkalan di Beijing, Byte Dance. Jika RUU AS itu menjadi undang-undang, ByteDance akan dikehendaki menjual TikTok dalam tempoh enam bulan atau menghadapi larangan daripada gedung aplikasi AS dan platform pemilikan laman sesawang. Minggu lalu, TikTok mengedarkan mesej kepada pengguna di pasaran AS, menggesa mereka memanggil wakil rakyat masing-masing untuk menghalang kerajaan daripada melucutkan '170 juta rakyat AS hak Perlembagaan mereka untuk bebas bersuara'. Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi, pada Rabu berkata sekiranya pengharaman aplikasi itu dilaksanakan di AS, penghasil kandungan dan perniagaan kecil akan kerugian berbilion dolar selain mengancam kerjaya lebih 300,000 penduduk AS. Katanya, TikTok tidak akan berhenti memperjuangkan hak untuk memastikan aplikasi itu tidak diharamkan. TikTok menafikan ia mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan China dan berkata ia sudah melakukan penstrukturan semula syarikat itu untuk menyimpan data AS di negara itu. Bekas Presiden AS, Donald Trump juga pernah berusaha mengharamkan aplikasi itu pada 2020, namun, tidak berjaya. Pada Selasa, Trump menentang larangan itu dengan mendakwa, tindakan itu hanya akan menguntungkan Facebook. - AGENSI [ad]
文章来源:Berita Harian每日新闻

TKFFF公众号

扫码关注领【TK运营地图】

TKFFF合作,请扫码联系!

文章来源: 文章该内容为作者观点,TKFFF仅提供信息存储空间服务,不代表TKFFF的观点或立场。版权归原作者所有,未经允许不得转载。对于因本网站图片、内容所引起的纠纷、损失等,TKFFF均不承担侵权行为的连带责任。如发现本站文章存在版权问题,请联系:1280199022@qq.com
文章标签:
跨境资讯外网TK资讯外网资讯
分享给好友:
TKFFF
已认证
0
粉丝数
0
文章数
TKFFF(TK发发发)是为全球TT卖家提供TIKTOK运营所需各种资源的综合性门户网站。网站涵盖TK工具、头条、论坛、社群、活动、人脉、货盘、教学等必备资源。
加微信
导航
资讯
活动