Riezman dilantik duta, bantu pempengaruh jana pendapatan di TikTok
Riezman dilantik sebagai duta KSIA bagi membantu melahirkan lebih ramai pempengaruh media sosial mencipta konten menarik. KUALA LUMPUR: Aktif sebagai hos siaran langsung TikTok antara salah satu cabang rezeki yang boleh menjana pendapatan tinggi. Bagi melahirkan lebih ramai pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok dalam platform media sosial itu, KamiSempoi International Agency (KSIA) melantik aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta. Antara selebriti aktif mengadakan siaran langsung di TikTok menjadi kelebihan buat Riezman dipilih sebagai duta agensi yang meraih pengiktirafan No 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara itu. Riezman berkata, pemilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya membantu menjayakan kempen serta menggerakkan beberapa aktiviti yang dijalankan. "Insya-Allah, kami sudah ada perancangan untuk membuat jelajah bergerak di beberapa lokasi. "Ia bagi memberi pendedahan dan melahirkan lebih ramai pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok," katanya pada sidang media KamiSempoi Golden Award 2023 dan pelantikannya sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil, baru-baru ini. Antara pempengaruh media sosial yang berjaya memperoleh pendapatan tinggi pada majlis KamiSempoi Golden Award 2023, baru-baru ini. Sementara itu, pengasasnya, To Chin Swee berkata, perlantikan Riezman atau Abang Don dilakukan kerana dia antara hos siaran langsung TikTok yang pernah menjana pendapatan tinggi dan kini sudah membuka sub-agensi di bawah KSIA. "Kami juga memiliki lebih 30 selebriti sebagai hos siaran langsung TikTok. Ini termasuklah Riezman, Nita Hamzah, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Nadia Mustafar, Acong Sweetchild dan ramai lagi. "Selain dinaungi 1,300 hos siaran langsung TikTok di Malaysia, kami juga berjaya meluaskan empayar di Indonesia dan Singapura dengan dinaungi 21 sub-agensi secara keseluruhan," katanya. Sejajar pencapaian diraih, KSIA sudah bersedia mengorak langkah lebih jauh bagi membantu individu yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendapatan sebagai hos siaran langsung TikTok. Selain itu, KSIA urut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada hos siaran langsung TikTok dan sub-agensi yang membantu menaikkan nama dan kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi TikTok berpengaruh, baru-baru ini. Sebanyak tujuh kategori membabitkan sub-agensi, manakala 15 kategori untuk hos siaran langsung TikTok yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah tangga dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Chin Swee berkata, KSIA menyediakan latihan percuma kepada hos siaran langsung TikTok yang bernaung di bawah agensi dan sub-agensi. "Banyak ilmu yang boleh diperoleh daripada sesi latihan ini. "Kami putus asa memberikan latihan berterusan kerana mahu mengasah TikToker mencipta konten dan bagaimana boleh 'engaged' dengan pengikut agar mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan. "Latihan disediakan sangat penting kerana mahu memastikan hos siaran langsung TikTok mampu menghasilkan konten hiburan menarik dan bermanfaat," katanya. [ad]
文章来源:Berita Harian每日新闻

TKFFF公众号

扫码关注领【TK运营地图】

TKFFF合作,请扫码联系!

文章来源: 文章该内容为作者观点,TKFFF仅提供信息存储空间服务,不代表TKFFF的观点或立场。版权归原作者所有,未经允许不得转载。对于因本网站图片、内容所引起的纠纷、损失等,TKFFF均不承担侵权行为的连带责任。如发现本站文章存在版权问题,请联系:1280199022@qq.com
文章标签:
跨境头条TK资讯跨境资讯外网TK资讯
分享给好友:
TKFFF
已认证
0
粉丝数
0
文章数
TKFFF(TK发发发)是为全球TT卖家提供TIKTOK运营所需各种资源的综合性门户网站。网站涵盖TK工具、头条、论坛、社群、活动、人脉、货盘、教学等必备资源。
加微信
导航
资讯
活动